Bukan Penamatnya Di Sini.

Ramai orang yang patah hati, bersedih dan ingin menamatkan riwayat mereka. Aku tidak mahu menuding jari dan bersikap hipokrit di sini. Aku juga pernah berada dalam situasi tersebut. Namun, aku bertuah dalam hidup ini, sebab aku bukanlah seorang yang mampu menahan rasa sakit. Kesimpulannya, aku meneruskan hidup di alam sementara ini.

Patah hati.
Namun bukan itu yang aku rasakan sekarang. Aku dapat rasakan aku yang baru. Aku melihat banyak perubahan yang berlaku dalam hidup ini sejak aku mengambil keputusan itu. Keputusan untuk bersendiri. Keputusan untuk mengakhiri segala-galanya. Aku kecewa namun tidak begitu kecewa, aku sedih namun aku tidak begitu sedih. Aku sendiri kehilangan ayat untuk menggambarkan perasaan abstrak yang aku rasai.

Namun, aku tidak pernah menyesali keputusanku, dari awalan hingga ke akhirnya.

Pengajaran.
Terlalu banyak yang aku belajar ketika masih berada di antara perikatan itu. Semuanya menjadikan aku seseorang yang baru dan matang. Aku juga mampu mengawal emosi dan mood ku yang sering bertukar ganti seperti lampu isyarat. Aku sendiri pun tidak tahu mengapa aku memilih lampu isyarat.

Tidak kiralah, sesiapa pun yang patah hati disebabkan oleh apa sahaja situasi, permasalahan dan keadaan, berpalinglah pada Tuhan dan berdoa. Mungkin pada saat itu, kesukaran masih ada membebani diri kita, namun percayalah, suatu saat selepas itu, kita akan berdiri teguh mengukir senyuman di bibir dan mengubat luka lalu. Apa pun yang berlaku di dunia ini, termasuk konteks kematian, penamatnya bukan di sini mahupun di situ.

Comments

Popular posts from this blog

Manners Maketh Man